Monday, May 22, 2023

CARA MEDIA MASSA (PENGARUH MEDIA SOSIAL)

                                            PENGARUH MEDIA MASSA 


MEDIA  MASSA 


Media massa elektronik seperti penggunaan internet dan media sosial digunakan secara meluas di serata dunia. Pelbagai maklumat sama ada yang baik atau buruk boleh diakses melalui media sosial.Penggunaan media sosial secara berleluasa merupakan faktor kemasukan pengaruh budaya keganasan. Media sosial berjaya mempengaruhi masyarakat daripada peringkat kanak - kanak sehingga peringkat usia tua. Disebabkan oleh sifatnya yang boleh diakses dengan cepat dan  mudah, ia telah memberi peluang kepada para pengguna untuk melayari pelbagai laman web yang tidak bermoral. Hal ini menyebabkan para pengguna terutamanya golongan remaja mudah terpengaruh dengan perbuatan dan budaya barat.

        Perkara seperti ini akan merosakkan pemikiran dan fahaman golongan remaja. Mereka akan terikut - ikut dengan budaya yang tidak elok dan bercanggah dari ajaran islam. Hal ini akan menyebabkan timbulnya pelbagai isu sosial yang tidak sepatutnya wujud dalam golongan remaja Islam seperti pergaduhan, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

SOALAN

 SOALAN  1. Apakah yang menyebabkan remaja tidak bersosial dengan orang lain ? -Sering  bermain permainan video 2. Apakah langkah untuk memb...